Tuesday, July 30, 2013

EVENT OCCUR ( Permainan )

 PERTANDINGAN KEBUDAYAAN BURUNG CANDIK KELANTAN 

SIULAN CANDIK,HOBI ORANG HOBI KITA 


         Menjadi lumrah manusia yg berkongsi alam ini dengan berbagai kehidupan akan saling berkongsi apa jua bakat atau kelebihan yg ada pada persekitaran mereka untuk membentuk satu hobi yg istimewa.Samada dari alam flora atau fauna banyak memberi kelegaan kepada manusia seketika dalam menjalani kehidupan biasa seharian yg kian mencabar.

           Kita sebagai peminat bidang numismatik memilih untuk mengumpul apa jua kolektibel yg berkaitan bagi memenuhi citarasa hobi yg dianggap "Raja segala hobi & Hobi segala Raja".Dalam numismatik sendiri banyak pula jurusan khusus yg boleh dipilih untuk difokuskan.depankanta memilih syiling error untuk dijadikan hobi yg istimewa...

          Bagi masyarakat Kelantan suatu masa dulu,popular dgn berbagai hobi yg biasanya diaktifkan dimusim selepas menuai padi spt permainan wau,gasing rebana ubi,kertuk,dikir barat dll...Hari ini  musim padi tidak lagi mempengaruhi hobi masyarakat Kelantan sebaliknya mereka lebih terikut dgn arus yg datang dari negara jiran atau lain2 negeri selain dari hobi ciptaan mereka sendiri....

          Pernah dulu masyarakat Kelantan popular dgn hobi memelihara belalang rusa,burung merbah dan ayam serama hingga keperingkat diadakan pertandingan antara mereka....Kini (mungkin sebenarnya telah lama)mereka beralih kebabak yg lain pula iaitu memelihara burung candik atau burung merbah jambul...

     Seekor burung candik atau merbah jambul dewasa yg terpilih boleh mencecah sehingga rm8K seekor.....

             Secara kebetulan satu pertandingan suara burung candik diadakan berhampiran kampung depankanta..Peserta membawa burung candik masing2 yg berjumlah lebih 100 ekor...

           Burung2 yg terbaik dipilih oleh pemiliknya untuk dipertandingkan siulan suaranya...Sarang disusun dan burung2 candik bersedia untuk memperdengarkan suara siulannya

                  Pengadil (berbaju putih,membelakangi kamera) sedang memberi markah mengikut bunyian suara siulan burung candik....

           Pemilik dan penonton berada ditempat khas semasa burung2 mereka diadili,dua batang buluh menjadi tempat duduk mereka....Pemandangan yg menarik dgn tempat duduk yg luar biasa..

        Yang duduk berbaju biru,bertutup kepala,bukan bomoh tapi penjaga masa yg menggunakan jam air....

            Selesai pertandingan peserta mengambil semula burung masing2.......

          Sangkar burung diselimutkan pula supaya burung tidak kepanasan atau terkena tiupan angin bila dibawa pulang menaiki kenderaan....

              Sebuah sangkar burung candik yang siap berukir spt ini boleh mencecah rm300-500 sebuah.....

      Menyaksikan pertandingan suara burung candik yg diadakan di padang Belia,Kg Kubang Panjang,Pasir Mas ini memberi pengalaman baru pada depankanta...Betapa setiap orang ada kegemaran atau hobinya tersendiri...HOBI ORANG,HOBI KITA....SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU....

EVENT OCCUR ( Permainan )

 

MUAI THAI OF KELANTANESE
 Tomoi adalah nama tempatan bagi sejenis sukan seni mempertahankan diri dari Thailand, dikenali sebagai Muay yang turut dikongsikan sebagai warisan budaya.

Ia lebih popular di negeri-negeri bersempadan dengan Thailand melalui proses asimilasi daripada rentetan masa yang panjang dan dipercayai dibawa masuk sejak awal 1800.

Seni mempertahankan diri yang lebih merujuk kepada penggunaan siku dan lutut selain tumbukan dan membentes lawan ini turut dikenali sebagai ‘boksing siam’ bagi masyarakat Melayu di Kelantan.

Ia diterima meluas sebagai mengisi waktu luang di kalangan pemuda, memeriahkan majlis sambutan melalui pertandingan sesama sendiri dengan hanya ‘kemegahan’ sebagai ganjaran.

Dalam pertandingan di negeri ini, ia dihiasi muzik tradisional Kelantan mengiringi langkah sembah guru ‘Wai Khru’ manakala ‘Mong Kon’ (pengikat kepala) yang berbeza.

Perkembangannya terencat ketika kerajaan Pas mengambil alih pemerintahan pada 1990 dan mengharamkannya apabila ia dianggap berunsur ganas dan menyakitkan.

Tanggapan awal lebih menjurus kepada unsur-unsur negatif, tentunya dibimbangi menyemarakkan unsur keganasan dalam masyarakat di samping perjudian melalui pertandingan.

Namun ia masih dijalankan secara senyap oleh sebilangan penggiat dan anak-anak buah yang dibimbing bertanding sesama sendiri atau sesekali dibawa ke luar untuk menguji kemahiran dan ketangkasan.

Agak mengejutkan apabila pada 2006, kerajaan negeri mengumumkan larangan itu ditarik balik malah akan bersama membantu menyemarakkan tomoi sebagai suatu sukan dengan turut menggunakan ‘acuan tempatan’.

Kerajaan negeri berharap ia dapat diberikan nama baru – Muay Kelantan atau Boksing Kelantan dengan selitan identiti negeri bagi sukan yang semakin diterima meluas oleh masyarakat dunia.

Malah, kerajaan negeri juga membenarkan penglibatan wanita dalam pertunjukan dan pertandingan sukan tomoi walaupun ia sebelum ini dianggap bertentangan dari fitrah wanita.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kebenaran itu diberikan kerana ia merupakan salah satu budaya masyarakat Kelantan selain alat mempertahankan diri bagi menjaga keselamatan wanita daripada ancaman tertentu.

Pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan masih bergerak dalam skala yang kecil tanpa penglibatan penaja besar yang awalnya menyangka ia tidak mendapat sambutan meluas dan khalayak peminat adalah masyarakat kampung dan kurang kuasa beli.

Tidak ramai yang menyedari sukan ini dalam diam menarik minat pelbagai golongan masyarakat daripada kanak-kanak hingga orang tua, daripada penarik beca hingga golongan profesional tetapi promosi mengenainya tidak banyak diberi perhatian berbanding sukan lain.

Ia menarik kerana ia pertarungan sebenar yang menguji kelasakan, ketahanan diri, kepintaran dengan aksi-aksi pantas, luar jangkaan yang selalunya mendebarkan.

Keyakinan penaja mula beransur meningkat dan penyertaan syarikat gergasi TM Malaysia memberi nafas baru dengan mengangkat sukan ini ke tahap lebih berprestij di dalam negara melalui penganjuran secara profesional dan ganjaran lebih baik.

Kemuncak kepada perkembangan sukan ini di Kelantan ialah dengan berlangsungnya TM-Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan 2008 yang diadakan di sini baru-baru ini bagi merebut piala Tengku Mahkota Kelantan.

Kejohanan terbesar di negeri ini anjuran Boxx Event dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Persatuan Boksing Negeri Kelantan menampilkan 24 peninju bertaraf dunia.

Antaranya ialah peninju dari Perancis, Rusia, Afghanistan, Iran, Thailand, Switzerland dan Amerika Syarikat yang diketemukan dengan petinju ternama Kelantan dan peninju profesional di bawah kelab Boxx Warriors, naungan Boxx Event.

Ketua Pegawai Eksekutif Boxx Event, Zahari Ahmad Razali yang juga Pengerusi Persatuan Tomoi Kedah ketika ditinjau pendapatnya menyifatkan Kelantan sebagai lubuk atlet tomoi di negara ini.

‘‘Cukup mengagumkan. Prestasi peninju Kelantan adalah antara yang terbaik secara keseluruhannya, malangnya mereka mereka tidak menonjol kerana pertandingan cuma berkisar dalam negeri.

‘‘Muai Thai suatu sukan yang diterima di peringkat global, dipertandingkan di serata dunia, malangnya atlet Kelantan umumnya belum melangkah jauh.

Read more: http://www.boxxtomoi.com/2008/12/mengangkat-taraf-boksing-kelantan.html#ixzz2aFtlvJAK

Saturday, July 27, 2013

RACE ( KEBUDAYAAN KESENIAN MUZIK )

 Sejarah Dikir Barat




Latar Belakang Dikir Barat

Dinegeri-negeri selatan Thai disebut sebagai dikir karut kerana kehadiran seorang penyanyi utama yang dipanggil tukang karut, selain itu zikir atau zikr disebut oleh mereka sebagai dikir. Diseluruh negeri Kelantan dikir barat merupakan satu bentuk muzik yang popular sebagai hiburan. Pada zaman dahulu persembahan dikir barat bertemakan kehidupan seharian biasanya menitikberatkan unsur-unsur lucu.namun sekarang ia berubah mengikut perkembangan semasa, tema dan konsep persembahan banyak berkisar kepada isu-isu politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan, masalah sosial dalam kehidupan masyarakat sejagat.
Pada kebiasaannya dikir barat dipersembahkan pada musim menuai, majlis perkahwinan, berkhatan, dan majlis-majlis keramaian. Namun pada masa kini dikir barat dijadikan sebagai platfom untuk memperlihatkan kehebatan seni tradisional melalui pertandingan yang dianjurkan diperingkat kampung, kebangsaan dan antarabangsa.

Cara Persembahan

Format persembahanan dikir barat terdiri daripada :

1. Awok-Awok : Ahli pemain dikir barat biasanya terdiri daripada sepuluh hingga lima belas orang yang dinamakan awok-awok. Awok-awok berperanan menyanyikan korus yang disamapaikan secara unison. Korus yang berbentuk seperti pantun bertujuan untuk berbalas-balas pantun dengan penyanyi. Semasa mengadakan persembahan awaok-awok duduk di atas lantai dalam bulatan berhadapan diantara satu sama lain. Sambil menyanyi mereka menggerakkan lengan, tangan dqan bahagian atas anggota badan seolah-olah menari mengikut irama muzik diselangseli dengan tepukan dan teriakan yang kuat pada bit-bit yang tertentu.

2. Juara : Merupakan penyanyi yang memulakan lagu persembahan juga digelar tok juara. Pada kebiasaannya tok juara akan duduk sebaris dengan pemain muzik. Tok juara akan memulakan lagu dengan lenggang lenggok tanpa meter dan berjelal-jela mengikut kemahuan dan moodnya bergaya zikir. ia seolah-seolah meniup semangat kepada pasukannya untuk mempamirkan persembahan yang menarik dan bersemangat. Tok juara juga berperanan memberi panduan kepada penyanyi selanjutnya iaitu tukang karut.

3. Tukang karut : Merupakan individu atau penyanyi yang paling penting dalam persembahan dikir barat. Selalunya ia bebas bergerak di atas pentas sambil menyalunkan nyanyain. Beliau memiliki kemahiran mecipta pantun secara spontan dan dianggap sebagai insan yang mempunyai bakat semulajadi dalam bidang penciptaan, menarik, lucu, bijak, memukau perhatian audion.

RACE ( KEBUDAYAAN PERMAINAN )

Gasing


Permainan gasing di Kelantan umpama irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Gasing menjadi permainan yang cukup popular di Kelantan. Sebagai permainan rakyat, gasing menjadi wadah perhubungan sosial yang utuh apabila banyak pertandingan dan persembahan permainan gasing diadakan di sekitar Kelantan sentiasa mendapat sambutan. Permainan gasing juga menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Kelantan. Lebih menarik, permainan tradisional ini turut dikongsi dengan negeri jiran Kelantan, iaitu Terengganu.
Gasing Uri salah satu gasing yang popular di negeri Terengganu dan Kelantan. Terdapat banyak jenis gasing yang terdapat di Malaysia antaranya gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Permainan gasing ini memerlukan dua orang pembantu, seorang memegang cokok dan seorang lagi melempar gasing. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang.
Kg Tok Belian Bachok Kelantan sekitar tahun 1960 an - Ihsan Dollah Deen MZ
Kg Tok Belian Bachok Kelantan sekitar tahun 1960 an – Ihsan Dollah Deen MZ
gambar Allahyarham Mohd Zain Hj Abdullah (Penggawa Abang) Kg Tok Belian Tawang Bachok Kelantan ketika pengambaran dokumentasi Malaysiarama dan pernah di tayangkan di lobi utama Muzium Negara sebagai salah satu tayangan sejarah
gambar Allahyarham Mohd Zain Hj Abdullah (Penggawa Abang) Kg Tok Belian Tawang Bachok Kelantan ketika pengambaran dokumentasi Malaysiarama dan pernah di tayangkan di lobi utama Muzium Negara sebagai salah satu tayangan sejarah – Ihsan Dollah Deen MZ
Lopok juga diperbuat daripada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras atau diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan, berbentuk segi empat dengan saiz lebih kurang satu hingga dua meter. Kini ada pemain yang membuat bong menggunakan kayu pada saiz yang sama dan diletakkan kain di atasnya.
Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok atau tukang congkok. Dengan pantas tukang congkok akan mencedok gasing dengan menggunakan pencedok daripada kayu dan terus diletakkan di atas lopok (tempat gasing berputar) dan sedikit pelincir disapu untuk memastikan ia berputar dalam tempoh yang lama
Dengan teknik balingan menggunakan tali yang dililit oleh pemain yang hebat, gasing uri mampu berpusing lebih sejam pada paksinya, berkedudukan tegak dan berhenti pada satu titik.
Ia berbeza dengan gasing pangkah di mana pemain memutarkan gasing ke arah gasing lawan untuk menghentikan putaran itu.
Gasing uri yang berbentuk rendah dan pipih itu dipertanding berasaskan tempoh masa ia mampu berputar selepas balingan dan diceduk serta diletakkan di atas tapak putaran (lopok). Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan.
Tidak semua orang mampu mengendalikan permainan gasing kerana ia memerlukan kemahiran dan pengalaman yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Seorang pemain terpaksa mengambil masa agak lama untuk menguasai teknik bermain termasuk menyimpai atau melilit tali pada gasing serta melemparkannya. Gasing yang dilemparkan itu akan disambut oleh tukang congkok yang akan menceduk dan diletakkan di atas paksi pemusing (lopok).
Penghasilan Gasing
Bagaimana gasing dihasilkan, ia bermula dengan pencarian kayu asas untuk membuat piring gasing. Biasanya kayu yang dipilih terdiri daripada jenis bebaru yang boleh diperoleh di kuala sungai dan tidak dimakan anai-anai, kayu semeru sukar diperoleh tetapi cantik, kayu bunga cempaka merah dan kemuning.
Kayu gasing terbaik diperbuat daripada kayu bebaru yang mempunyai ira cantik dan semula jadi. Sebaiknya ambil kayu yang berbonjol di bahagian batang kayu yang lurus atau pilih bahagian bercabang kerana mempunyai urat berselirat dan cantik.
Kayu ditakik dan dikikis untuk menghasilkan bentuk asas piring gasing dengan bahagian tengahnya ditebuk yang kemudiannya dijemur sehingga kering selama dua bulan. Selepas itu piring tersebut dilarik di atas peralatan tradisi yang dikenali sebagai ‘berdu’ atau tempat memutar objek menggunakan mata pelarik.
Apabila keliling gasing telah licin, dimasukkan pula kepala yang selalunya tukang memilih kayu yang kontras warnanya daripada piring seperti kayu asam jawa, kemuning, ciku atau tanduk kerbau. Bahagian bawahnya diketatkan menggunakan skru serta dipasang paksi halus tetapi tajam dan kukuh daripada besi keluli.
Untuk mencantikkannya dan menyerlahkan penampilan gasing, timah dididihkan dan dimasukkan ke dalam acuan yang di bahagian tengahnya telah diisi dengan piring gasing. Selepas setengah jam dan keras, piring gasing dikeluarkan dan menggunakan peralatan di berdu, bahagian tepinya dilicinkan sehingga berkilat.
Bahagian di atas kepala dihiasi dengan ukiran perak yang dikenali sebagai pemekuk kepala manakala aluminium atau tembaga dibentuk dan diukir untuk dijadikan jambul.
Pemilihan jenis aloi untuk membuat jambul atau batang aluminium yang panjang sejengkal di bahagian tengah pemekuk itu akan mempengaruhi masa memutar gasing.
Tembaga biasa digunakan untuk perhiasan kerana lebih berat dan aluminium sifatnya ringan dan sesuai untuk digunakan dalam pertandingan.
Berat standard gasing uri untuk pertandingan secara puratanya empat kilogram setiap satu.
Sementara itu, tukang congkak pula memerlukan sejenis alat kayu sepanjang sejengkal bagi menyambut gasing yang dilempar, diperbuat daripada kayu asam jawa berkepala tembaga. Manakala besi keluli digunakan untuk menghasilkan bahagian permukaannya yang sedikit lekuk untuk memastikan piring gasing berputar dengan baik.
Tali gasing sepanjang empat meter pula katanya dipilih tali kapal yang dibentuk semula termasuk dimesin agar menjadi leper yang kemudiannya menjalani proses sapuan gam.
Pantang larang bermain gasing, dinasihatkan piring gasing tidak dilangkah kerana kononnya mengikut kepercayaan ia mempunyai semangat di samping kemungkinan mengelak daripada terpijak.
Namun dengan perubahan masa, permainan tradisional ini semakin dipinggirkan, biar pun masih menjadi sebutan dan sesekali dipertontonkan sebagai bahan tarikan pelancong kerana ia turut dimuatkan dalam promosi pelancongan.

THE BEST FOOD OF KELANTANESE ( MASAKAN )

Hidangan Masakan;

i) Nasi Kerabu


Nasi Kerabu Berwarna Biru

Nasi Kerabu juga antara makanan Pantai Timur yang biasa didapati di mana-mana di negara kita. Warnanya yang biru menjadikan nasi ini sedikit istimewa. Nasi kerabu juga biasanya dihidangkan dengan beberapa lauk tertentu. Itulah beberapa keistimewaan nasi kerabu ni.

ii) Nasi Tumpang


Nasi Tumpang

Nasi tumpang agak istimewa kerana ianya nasi yang dibungkus di dalam daun pisang beserta dengan lauk-lauknya sekali. Lauknya juga agak istimewa iaitu ikan tongkol. Hmm, macam best jer bunyi nyer kan?

iii) Laksam


Laksam, dihidangkan dengan pelbagai sayuran

Sekali pandang makanan ni macam 'Kueh Tiow' jer. Tetapi Laksam sememangnya berbeza walaupun ianya juga diperbuat daripada tepung beras. Laksam dihidangkan bersama-sama dengan kuahnya dan juga beberapa sayur (kesum, taugeh, bunga kantan dan sebagainya). Kalau dilihat dengan teliti laksam ni umpama laksa yang berwarna putih!

iv) Ayam Perencit


Ayam Perincit

Ayam perencit ni sama jer dengan ayam percik. Perbezaannya pulak saya tak pasti. Walau apa pun resepi asal dari Negeri Kelantan pasti ada keistimewaannya yang tersendiri kan!.. Jangan lupa nanti cuba.

v) Sambal Daging Serunding


Serunding Daging/ Ayam

Sambal daging serunding juga terdapat pelbagai versi. Mungkin setiap negeri di Semenanjung mempunyai versi sambal serunding tersendiri. Walaupun rupa dan bahan asas yang hampir-hampir sama, tetapi perbezaannya tetap ketara dari segi rasa.

vi) Ketupat Sotong


Ketupat Sotong, hidangan unik

Ketupat sotong ni.. bukan ketupat.. tapi nampak gayanya memang sedap. Yelah, pulut diisikan ke dalam sotong kemudian dimasak dengan gula melaka dan bahan-bahan lain. Bagi yang tak pernah merasa tu bolehlah mencuba nanti kan?.

vii) Itik Solo


Itik Solo

Itik Solo ni lebih kurang itik panggang lah. Apa yang menariknya rempah-rempah yang digunakan oleh Masyarakat Kelantan sedikit berbeza dengan kita di Pantai Barat ni. Macam mana pun itu merupakan keunikan resepi ini.

viii) Etak


Etak/ Etok popular di Kelantan

Etak atau ada juga yang panggil etok-etok merupakan sejenis hidupan seperti kerang. Tapi yang menariknya hanya popular di Negeri Kelantan. Mungkin di tempak lain juga ada, cuma ianya tidak sepopular di sana.

Hidangan Lain;

i) Rojak Buah


Rojak Buah sedap dengan kuahnya

Rojak buah tidak mempunyai resipi yang tersendiri. Namun kebiasaannya rojak ini mempunyai keunikan pada sosnya. Ini kerana rojak buah adalah gabungan daripada pelbagai jenis buah-buahan.

ii) Budu


Budu istimewa dari Kelantan

Ini merupakan makanan yang sinonim dengan Rakyat Negeri Kelantan. Mungkin yang berminat untuk mencuba makanan ini perlulah mendapat tunjuk ajar bagaimana untuk menikmati makanan unik ini. Bagi yang tidak biasa mungkin tidak dapat menikmati hidangan istimewa ini sekiranya cara hidangannya salah.

Begitulah serba sedikit tentang keunikan makanan-makanan yang terdapat di Negeri Kelantan. Memang agak berbeza kerana sajian-sajian dari negeri ini kebanyakannya manis. Bagi yang akan berkunjung ke Negeri Kelantan diharap dapat memanfaatkan informasi ini dalam memilih hidangan yang akan anda cuba di sana. Mungkin anda boleh menikmatinya di Pantai Barat Semenanjung juga... tetapi menikmatinya di negeri asal makanan-makanan ini tentu menambahkan lagi 'manis kenangan' kunjungan anda nanti. Selamat mancuba.

THE BEST FOOD OF KELANTANESE ( KUIH-MUIH )

 Ingin Tahu: Makanan Tradisional Rakyat Kelantan


Hai, kembali lagi dalam ruangan ingin tahu. Kali ini saya ingin membawa para pembaca mengenali makanan tradisional Rakyat Negeri Kelantan. Saya bawakan tajuk ini kerana ingin berkongsi maklumat bahawa antara makanan kegemaran yang biasa kita nikmati mungkin sebenarnya berasal dari negeri ini. Ya, Oleh kerana makanan setiap negeri-negeri di Malaysia ini semakin mudah untuk didapati di serata negara, maka mungkin kita terlupa asal-usul sesuatu hidangan tersebut. Jadi tanpa membuang masa apa kata kita lihat antara hidangan istimewa dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Bagi memudahkan untuk kita mengenal pasti makanan-makanan tersebut, saya telah mengklasifikasikan makanan seperti di bawah*. Cuma perlu diingatkan bahawa saya bukan bertujuan menghuraikan mengenai resepi kuih-muih tersebut tetapi sekadar ingin memperkenalkan serta berkongsi serba sedikit maklumat.

Kuih-muih;

i) Akok

Kuih Akok

Kuih akok adalah kuih yang biperbuat menggunakan telur, pati santan, gula, gula melaka, tepung gandum dan daun pandai sebagai pewarna dan pewangi. Walaupun kuih akok memang simple, tapi ramai yang menggemari kuih ini.

ii) Tahi Itik

Kuih Tahi Itik

Aper cerita pulak tahi itik ni kan? Namanya istimewa, dan cara membuatnya agak mudah sekali iaitu dengan menggunakan putih telur (telur itik), santan kelapa, gula pasir, tepung pulut dan tepung beras. Semua bahan dimasukkan sekali dengan api yang perlahan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berketul (kering). Comel jer, kuih ni kan?..

iii) Jala Emas

Kuih Jala Emas

Hmm, lain pulak dengan jala emas, ianya diperbuat daripada kuning telur (telur itik) sahaja, gula pasir dan daun pandan. Jadi kuih ni sepasang lah kan! Kalau kita buat jala emas, kenalah buat tahi itik. hehe

iv) Buah Tanjung

Buah Tanjung/ Bunga Tanjung

Buah tanjung ni agak istimewa dari segi bentuk dan warna. Berbeza dengan sajian kuih-muih yang lain ianya turut menggunakan bunga cengkih dan bahan pewarna. Tetapi kuih bunga tanjung ini masih menggunakan telur itik sebagai salah satu ramuan asas. Istimewa sekali telur itik kepada Masyarakat Kelantan ya!

v) Cendol Pulut Tapai

Cendol Pulut Tapai

Cendol pulut tapai ni juga terdapat di Pantai Barat Semenanjung. Tetapi mungkin ia sememangnya berasal daripada Negeri Kelantan. Cendol yang dinikmati bersama-sama pulut dan tapai sememangnya lebih nikmat kerana pulut menambahkan lagi rasa di dalam menikmati kelazatan kuah cendol.. Hmmm.

vi) Lompat Tikam

Lompat Tikam, sajian manisan.

Berbanding sebagai kuih, lompat tikam lebih sesuai sebagai pencuci mulut. Terbahagi kepada 3 lapisan iaitu hijau, putih, merah dan dihidangkan dengan sirap gula melaka. Tentu istimewa kuih ini ya. Apa yang penting cara anda menghidangkannya.

Viii) Pulut Bakar

Pulut Bakar berbeza dari Pulut Panggang

Pulut bakar ni disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Hmm, berbeza pulak dengan pulut panggang yang biasa kita makan di Pantai Barat ni ya.. tu lah. Ada uniknya resepi orang lain kan!

ix) Kuih Cara Berlauk

Kuih Cara Berlauk

Ops, apa istimewanya kuih cara berlauk ni ya. Kuih cara yang biasa saya tengok di kedai berwarna hijau dan takder lauk. Tapi itulah istimewanya, juadah dari Kelantan ini. Cubalah nanti.


xi) Tepung Pelita

Tepung Pelita

Hmm, dalam banyak-banyak senarai kuih-muih ni, mungkin tepung pelita merupakan antara juadah yang paling biasa saya makan. Tak tahu plak ianya merupakan resepi Negeri Kelantan. Memang sedap rasanya.

xii) Bute'i Nangka

Bute' Nangka/ Biji Nangka

Kuih ini di Pantai Barat dipanggil "Biji Nangka". Masih mengekalkan resepi asalnya kuih ini biasa terdapat di bazar-bazar Ramadhan di Bulan Puasa.

Friday, July 26, 2013

SPECIAL PLACE AT KELANTANESE ( PERLANCONGAN )


TEMPAT MENARIK UNTUK PERLANCONGAN




Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, hanya 50km pemanduan penuh panorama ke selatan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Di sekitar kampung Semerak, bayu lembut melambai pohon cemara yang berbaris di sepanjang pantai, menghasilkan bunyi gemersik, yang menurut penduduk tempatan, bunyinya seperti bisikan yang menenangkan.

Aktiviti meluncur boleh dilakukan pada masa tertentu setiap tahun, dan peluncur angin akan dapat meluncur semasa musim Monsun Utara-Timur dari bulan November hingga April.

Namun tiada apa dapat menandingi nikmat berehat di bawah pepohon cemara, merenung jauh ke laut, mendengar deruan bayu laut dan menghirup air kelapa sejuk.


                      PANTAI CAHAYA BULAN










Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja.
Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses.
Jika tidak di waktu cuti sekolah, penduduk tempatan seringkali menjadikan pantai ini sebagai destinasi perkelahan pada hujung minggu

.Pantai Cahaya Bulan
Deretan gerai makan yang menjual ikan bakar mahupun makanan seafood
Uniknya pantai ini adalah mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Kemudahan yang selesa seperti tandas awam dan surau juga disediakan kepada para pengunjung.
Layang-layang boleh didapati di sini

 Pantai Cahaya Bulan
Berdekatan pantai ini terdapatnya PCB Resort dan Perdana Resort. Bagi mereka yang tinggal di resort tersebut, jangan lepaskan peluang menikmati keindahan matahari terbenam pada waktu senja.
Pantai Cahaya Bulan merupakan destinasi ideal untuk bersiar-siar di waktu petang
Sepanjang perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan, anda akan bertemu dengan banyak gerai yang menjual jagung rebus

 Gerai jagung PCB

Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke pantai ini, wajib datang ke sini jika anda menginap di sekitar Kota Bharu.