Showing posts with label EVENT OCCUR. Show all posts
Showing posts with label EVENT OCCUR. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

EVENT OCCUR ( Permainan )

 PERTANDINGAN KEBUDAYAAN BURUNG CANDIK KELANTAN 

SIULAN CANDIK,HOBI ORANG HOBI KITA 


         Menjadi lumrah manusia yg berkongsi alam ini dengan berbagai kehidupan akan saling berkongsi apa jua bakat atau kelebihan yg ada pada persekitaran mereka untuk membentuk satu hobi yg istimewa.Samada dari alam flora atau fauna banyak memberi kelegaan kepada manusia seketika dalam menjalani kehidupan biasa seharian yg kian mencabar.

           Kita sebagai peminat bidang numismatik memilih untuk mengumpul apa jua kolektibel yg berkaitan bagi memenuhi citarasa hobi yg dianggap "Raja segala hobi & Hobi segala Raja".Dalam numismatik sendiri banyak pula jurusan khusus yg boleh dipilih untuk difokuskan.depankanta memilih syiling error untuk dijadikan hobi yg istimewa...

          Bagi masyarakat Kelantan suatu masa dulu,popular dgn berbagai hobi yg biasanya diaktifkan dimusim selepas menuai padi spt permainan wau,gasing rebana ubi,kertuk,dikir barat dll...Hari ini  musim padi tidak lagi mempengaruhi hobi masyarakat Kelantan sebaliknya mereka lebih terikut dgn arus yg datang dari negara jiran atau lain2 negeri selain dari hobi ciptaan mereka sendiri....

          Pernah dulu masyarakat Kelantan popular dgn hobi memelihara belalang rusa,burung merbah dan ayam serama hingga keperingkat diadakan pertandingan antara mereka....Kini (mungkin sebenarnya telah lama)mereka beralih kebabak yg lain pula iaitu memelihara burung candik atau burung merbah jambul...

     Seekor burung candik atau merbah jambul dewasa yg terpilih boleh mencecah sehingga rm8K seekor.....

             Secara kebetulan satu pertandingan suara burung candik diadakan berhampiran kampung depankanta..Peserta membawa burung candik masing2 yg berjumlah lebih 100 ekor...

           Burung2 yg terbaik dipilih oleh pemiliknya untuk dipertandingkan siulan suaranya...Sarang disusun dan burung2 candik bersedia untuk memperdengarkan suara siulannya

                  Pengadil (berbaju putih,membelakangi kamera) sedang memberi markah mengikut bunyian suara siulan burung candik....

           Pemilik dan penonton berada ditempat khas semasa burung2 mereka diadili,dua batang buluh menjadi tempat duduk mereka....Pemandangan yg menarik dgn tempat duduk yg luar biasa..

        Yang duduk berbaju biru,bertutup kepala,bukan bomoh tapi penjaga masa yg menggunakan jam air....

            Selesai pertandingan peserta mengambil semula burung masing2.......

          Sangkar burung diselimutkan pula supaya burung tidak kepanasan atau terkena tiupan angin bila dibawa pulang menaiki kenderaan....

              Sebuah sangkar burung candik yang siap berukir spt ini boleh mencecah rm300-500 sebuah.....

      Menyaksikan pertandingan suara burung candik yg diadakan di padang Belia,Kg Kubang Panjang,Pasir Mas ini memberi pengalaman baru pada depankanta...Betapa setiap orang ada kegemaran atau hobinya tersendiri...HOBI ORANG,HOBI KITA....SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU....

EVENT OCCUR ( Permainan )

 

MUAI THAI OF KELANTANESE
 Tomoi adalah nama tempatan bagi sejenis sukan seni mempertahankan diri dari Thailand, dikenali sebagai Muay yang turut dikongsikan sebagai warisan budaya.

Ia lebih popular di negeri-negeri bersempadan dengan Thailand melalui proses asimilasi daripada rentetan masa yang panjang dan dipercayai dibawa masuk sejak awal 1800.

Seni mempertahankan diri yang lebih merujuk kepada penggunaan siku dan lutut selain tumbukan dan membentes lawan ini turut dikenali sebagai ‘boksing siam’ bagi masyarakat Melayu di Kelantan.

Ia diterima meluas sebagai mengisi waktu luang di kalangan pemuda, memeriahkan majlis sambutan melalui pertandingan sesama sendiri dengan hanya ‘kemegahan’ sebagai ganjaran.

Dalam pertandingan di negeri ini, ia dihiasi muzik tradisional Kelantan mengiringi langkah sembah guru ‘Wai Khru’ manakala ‘Mong Kon’ (pengikat kepala) yang berbeza.

Perkembangannya terencat ketika kerajaan Pas mengambil alih pemerintahan pada 1990 dan mengharamkannya apabila ia dianggap berunsur ganas dan menyakitkan.

Tanggapan awal lebih menjurus kepada unsur-unsur negatif, tentunya dibimbangi menyemarakkan unsur keganasan dalam masyarakat di samping perjudian melalui pertandingan.

Namun ia masih dijalankan secara senyap oleh sebilangan penggiat dan anak-anak buah yang dibimbing bertanding sesama sendiri atau sesekali dibawa ke luar untuk menguji kemahiran dan ketangkasan.

Agak mengejutkan apabila pada 2006, kerajaan negeri mengumumkan larangan itu ditarik balik malah akan bersama membantu menyemarakkan tomoi sebagai suatu sukan dengan turut menggunakan ‘acuan tempatan’.

Kerajaan negeri berharap ia dapat diberikan nama baru – Muay Kelantan atau Boksing Kelantan dengan selitan identiti negeri bagi sukan yang semakin diterima meluas oleh masyarakat dunia.

Malah, kerajaan negeri juga membenarkan penglibatan wanita dalam pertunjukan dan pertandingan sukan tomoi walaupun ia sebelum ini dianggap bertentangan dari fitrah wanita.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kebenaran itu diberikan kerana ia merupakan salah satu budaya masyarakat Kelantan selain alat mempertahankan diri bagi menjaga keselamatan wanita daripada ancaman tertentu.

Pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan masih bergerak dalam skala yang kecil tanpa penglibatan penaja besar yang awalnya menyangka ia tidak mendapat sambutan meluas dan khalayak peminat adalah masyarakat kampung dan kurang kuasa beli.

Tidak ramai yang menyedari sukan ini dalam diam menarik minat pelbagai golongan masyarakat daripada kanak-kanak hingga orang tua, daripada penarik beca hingga golongan profesional tetapi promosi mengenainya tidak banyak diberi perhatian berbanding sukan lain.

Ia menarik kerana ia pertarungan sebenar yang menguji kelasakan, ketahanan diri, kepintaran dengan aksi-aksi pantas, luar jangkaan yang selalunya mendebarkan.

Keyakinan penaja mula beransur meningkat dan penyertaan syarikat gergasi TM Malaysia memberi nafas baru dengan mengangkat sukan ini ke tahap lebih berprestij di dalam negara melalui penganjuran secara profesional dan ganjaran lebih baik.

Kemuncak kepada perkembangan sukan ini di Kelantan ialah dengan berlangsungnya TM-Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan 2008 yang diadakan di sini baru-baru ini bagi merebut piala Tengku Mahkota Kelantan.

Kejohanan terbesar di negeri ini anjuran Boxx Event dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Persatuan Boksing Negeri Kelantan menampilkan 24 peninju bertaraf dunia.

Antaranya ialah peninju dari Perancis, Rusia, Afghanistan, Iran, Thailand, Switzerland dan Amerika Syarikat yang diketemukan dengan petinju ternama Kelantan dan peninju profesional di bawah kelab Boxx Warriors, naungan Boxx Event.

Ketua Pegawai Eksekutif Boxx Event, Zahari Ahmad Razali yang juga Pengerusi Persatuan Tomoi Kedah ketika ditinjau pendapatnya menyifatkan Kelantan sebagai lubuk atlet tomoi di negara ini.

‘‘Cukup mengagumkan. Prestasi peninju Kelantan adalah antara yang terbaik secara keseluruhannya, malangnya mereka mereka tidak menonjol kerana pertandingan cuma berkisar dalam negeri.

‘‘Muai Thai suatu sukan yang diterima di peringkat global, dipertandingkan di serata dunia, malangnya atlet Kelantan umumnya belum melangkah jauh.

Read more: http://www.boxxtomoi.com/2008/12/mengangkat-taraf-boksing-kelantan.html#ixzz2aFtlvJAK