PASAR BESAR SITI KHADIJAH
Pasar Besar Siti Khadijah ialah pasar basah yang terletak di
tengah-tengah pusat bandaraya Islam Kota Bharu. Sebagai pasar basah
seperti biasa, ianya menjual ikan basah seperti ikan selar, tamban,
terubuk, tenggiri, tongkol(namun di negeri Kelantan ianya lebih dikenali
sebagai ikan Ayo), bawal, kembung, kerisi dan lain-lain lagi. Terdapat
juga di pasar ini ikan-ikan air tawar iaitu ikan haruan, keli, belut dan
lain-lain lagi. Kita juga boleh membeli daging ayam, daging lembu,
telur dan bermacam-macam jenis sayur-sayuran seperti kobis, kacang
panjang, cili, terung, bunga kobis,buah petola(namun di Kelantan
sayur/buah petola dikenali sebagai buah ttene), bendi(di Kelantan ianya
dipanggil kacang miyur), daun serai(batang), daun salad dan
bermacam-macam lagi. Pasar ini juga menjual buah-buahan terutamanya
buah-buahan tempatan seperti buah ciku, jambu batu, nangka, berbagai
jenis mangga, binjai, cempedak, limau, durian, manggis, tembikai,
kedondong, langsat, betik, nenas, duku, berbagai jenis buah pisang,
belimbing dan berbagai-bagai lagi. Kita juga boleh mendapatkan bebrapa
jenis buah asing seperti buah tamar, anggur, laici, mata kucing, epal,
limau mandarin(sewaktu perayaan Tahun Baru Cina). Juga pasar ini menjual
makanan tempatan seperti kuih-muih iaitu dodol, baulu, kuih bangkit,
karipap, tapai, seri muka, onde-onde, kuih lapis, tepung talam(tepung
boko). Pasar ini juga menyediakan tempat untuk membasahkan tekak, iaitu
tempat menjamu selera, terutamanya sekira anda teringin memakan makanan
tempatan tertentu. Sebagai peringatan kepada pengunjung dari luar
Kelantan yang kurang biasa minum minuman seperti teh panas, teh ais,
adalah dimaklumkan di sini minuman di sini lebih manis daripada biasa
anda minum di Pantai Barat atau pun Terengganu dan Pahang. Jadi lebih
baik anda memaklumkan terlebih dahulu(sekiranya anda tidak suka kepada
minuman yang manis) kepada pembancuh air agar mengurangkan kadar gula
sebelum memesannya. Selain daripada itu, sudah tentulah anda boleh
mendapatkan makanan jati Kelantan yang amat susah untuk diperolehi di
tempat luar dari negeri Kelantan, seperti kuih ladu(bentuknya seperti
kiub kecil yang diselaputi tepung gandum dan diperbuat daripada tepung
beras dan lada hitam, yang biasanya dimakan oleh perempuan lepas
bersalin, namun boleh dimakan oleh sesiapa sahaja yang menggemarinya
tanpa sekatan, asalkan tidak kisah dengan sedikit kepedasan lada
hitamnya), lebung buaya. Ada sejenis lagi kuih yang dibuat daripada
beras pulut yang diwarnakan hijau, pada luarannya sepanjang dua inci,
ditaburi kelapa parut dan digulung, di mana pada sebelah dalamnya adalah
pisang yang direbus.
WAKAF CHE YEH
Bagaimanapun, setiap kali melalui Kilometer 7 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai kesesakan masih berlaku. Malah kadang-kadang ia berlanjutan sehingga pukul 2 pagi.
Semuanya kerana daya tarikan pada pasar Wakaf Che Yeh yang menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung.
Malah, setiap kali musim cuti sekolah, pengunjung yang datang selepas pukul 8 malam mungkin hanya bernasib baik jika berjaya mendapat petak meletak kenderaan berhampiran dengan pasar tersebut.
Ada yang menggelar Wakaf Che Yeh sebagai 'pasar yang tak pernah tidur' kerana pada waktu pagi ia pasar basah manakala pada waktu malamnya pula, ia berubah wajah menjadi pusat beli-belah yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk pakaian, aksesori badan dan pelbagai jenis makanan serta buah-buahan.
Kemeriahan yang wujud di pasar itu menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.
Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar berjalan-jalan dan 'mencuci mata' melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.
Tetapi kepada pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang 'wajib' dilawati. Jika mempunyai kecekapan dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.
Seorang pengunjung tempatan yang ditemui, Munirah Rashid, 30, berkata, hampir setiap malam dia akan meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam mengunjungi pasar tersebut.
"Memang kalau boleh setiap malam saya bersama suami dan anak-anak akan datang ke sini. Selalunya beli barang tetapi kadang-kadang sekadar bersiar-siar.
"Bukan sekadar keluarga saya malah jiran-jiran juga macam itu. Memang seronok setiap kali melihat telatah para penjual serta pembeli yang datang dari seluruh pelosok Malaysia," katanya kepada S2 baru-baru ini.
Munirah yang berasal dari Kampung Tiong di sini berkata, selain membeli barang, Wakaf Che Yeh juga menjadi pilihan utama keluarganya menjamu selera memandangkan banyak kedai makan menjual pelbagai jenis hidangan di situ.
Seorang lagi pengunjung, Ghazali Awang, 56, ketika ditemui di pasar itu berkata, pasar tersebut memberi peluang kepadanya berjalan-jalan selepas penat urusan kerja seharian.
"Saya datang ke negeri ini sebab ada kerja. Jadi kebetulan ada peluang saya pun singgah di sini, mana tahu ada barang yang boleh dibeli," katanya.
Sementara itu, bagi seorang peniaga buah-buahan, Robiah Musthapa, 34, kemeriahan di Wakaf Che Yeh bermula sejak sekitar 2000 ketika ia dikenali sebagai pasar borong.
"Mula-mula pasar borong, kemudian ada penjual yang buka kedai sampai pukul 10 malam kerana ramai pengunjung masih datang untuk membeli barang.
"Akhirnya ada peniaga yang mula membuka gerai dan menjual pelbagai jenis barang selain bahan makanan sehinggalah hari ini ia menjadi tumpuan utama di daerah ini," katanya yang telah berniaga di situ sejak 10 tahun dulu.
Menurut Robiah, pasar itu akan menjadi terlalu sibuk setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri kerana ramai anak Kelantan yang balik kampung memilih berbelanja di situ.
"Kadang-kadang saya sendiri sesat di sini apabila keadaan sudah terlalu sesak," katanya.
Memang banyak pasar seperti ini di negeri lain, tetapi Wakaf Che Yeh sangat istimewa. Ia menjadi satu-satunya tempat berkunjung sehingga tengah malam di daerah ini.
Daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa datang mengunjungi pasar ini.
Titanium Belly Rings – TITONIC BOLY RINGS
ReplyDeleteOne of the most popular citizen titanium dive watch ring rings is the titanium pots and pans TINY TIAR. The ring is ion titanium on brassy hair built into babylisspro nano titanium an upper arm with a knotted ring which titanium trim hair cutter is similar to the shape of a