TEMPAT MENARIK UNTUK PERLANCONGAN
Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, hanya 50km pemanduan penuh panorama ke selatan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Di sekitar kampung Semerak, bayu lembut melambai pohon cemara yang berbaris di sepanjang pantai, menghasilkan bunyi gemersik, yang menurut penduduk tempatan, bunyinya seperti bisikan yang menenangkan.
Aktiviti meluncur boleh dilakukan pada masa tertentu setiap tahun, dan peluncur angin akan dapat meluncur semasa musim Monsun Utara-Timur dari bulan November hingga April.
Namun tiada apa dapat menandingi nikmat berehat di bawah pepohon cemara, merenung jauh ke laut, mendengar deruan bayu laut dan menghirup air kelapa sejuk.
PANTAI CAHAYA BULAN
Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja.Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses.
Jika tidak di waktu cuti sekolah, penduduk tempatan seringkali menjadikan pantai ini sebagai destinasi perkelahan pada hujung minggu
.
Uniknya pantai ini adalah mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Kemudahan yang selesa seperti tandas awam dan surau juga disediakan kepada para pengunjung.
Berdekatan pantai ini terdapatnya PCB Resort dan Perdana Resort.
Bagi mereka yang tinggal di resort tersebut, jangan lepaskan peluang
menikmati keindahan matahari terbenam pada waktu senja.
Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke pantai ini, wajib datang ke sini jika anda menginap di sekitar Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment