Sejarah Dikir Barat
Latar Belakang Dikir Barat
Dinegeri-negeri
selatan Thai disebut sebagai dikir karut kerana kehadiran seorang
penyanyi utama yang dipanggil tukang karut, selain itu zikir atau zikr
disebut oleh mereka sebagai dikir. Diseluruh negeri Kelantan dikir barat
merupakan satu bentuk muzik yang popular sebagai hiburan. Pada zaman
dahulu persembahan dikir barat bertemakan kehidupan seharian biasanya
menitikberatkan unsur-unsur lucu.namun sekarang ia berubah mengikut
perkembangan semasa, tema dan konsep persembahan banyak berkisar kepada
isu-isu politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan, masalah sosial dalam
kehidupan masyarakat sejagat.
Pada kebiasaannya dikir barat dipersembahkan pada musim menuai, majlis perkahwinan, berkhatan, dan majlis-majlis keramaian. Namun pada masa kini dikir barat dijadikan sebagai platfom untuk memperlihatkan kehebatan seni tradisional melalui pertandingan yang dianjurkan diperingkat kampung, kebangsaan dan antarabangsa.
Cara Persembahan
Format persembahanan dikir barat terdiri daripada :
1. Awok-Awok : Ahli pemain dikir barat biasanya terdiri daripada sepuluh hingga lima belas orang yang dinamakan awok-awok. Awok-awok berperanan menyanyikan korus yang disamapaikan secara unison. Korus yang berbentuk seperti pantun bertujuan untuk berbalas-balas pantun dengan penyanyi. Semasa mengadakan persembahan awaok-awok duduk di atas lantai dalam bulatan berhadapan diantara satu sama lain. Sambil menyanyi mereka menggerakkan lengan, tangan dqan bahagian atas anggota badan seolah-olah menari mengikut irama muzik diselangseli dengan tepukan dan teriakan yang kuat pada bit-bit yang tertentu.
2. Juara : Merupakan penyanyi yang memulakan lagu persembahan juga digelar tok juara. Pada kebiasaannya tok juara akan duduk sebaris dengan pemain muzik. Tok juara akan memulakan lagu dengan lenggang lenggok tanpa meter dan berjelal-jela mengikut kemahuan dan moodnya bergaya zikir. ia seolah-seolah meniup semangat kepada pasukannya untuk mempamirkan persembahan yang menarik dan bersemangat. Tok juara juga berperanan memberi panduan kepada penyanyi selanjutnya iaitu tukang karut.
3. Tukang karut : Merupakan individu atau penyanyi yang paling penting dalam persembahan dikir barat. Selalunya ia bebas bergerak di atas pentas sambil menyalunkan nyanyain. Beliau memiliki kemahiran mecipta pantun secara spontan dan dianggap sebagai insan yang mempunyai bakat semulajadi dalam bidang penciptaan, menarik, lucu, bijak, memukau perhatian audion.

Azhan: ada lagi ko ore main burung goni loni?
ReplyDelete